Wednesday, October 26, 2011

Program Mingguan Kuiz Jom Mumtaz! 2011

   
بسم الله الرحمن الرحيم

     Alhamdulillah, seribu panjat kesyukuran kepada Allah swt, setelah beberapa kali ditunda, akhirnya Program Mingguan Kuiz Jom Mumtaz! berjaya dilancarkan pada tarikh yang berkeramat iaitu 25 Oktober 2011. Program tersebut tidak mungkin akan terlaksana tanpa kerjasama daripada Quiz Team yang diketuai oleh Saudara Faiz Bin Redzuan dan timbalannya Saudari Nurul Amira Shazalyna Binti Razali beserta ahli-ahli lain yang sama-sama berjuang bak kata pepatah yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Mereka adalah dari Tahun 1 jurusan perubatan. Untuk makluman, program mingguan ini disasarkan kepada pelajar berjurusan perubatan sahaja memandangkan subjek yang diambil pergigian adalah berlainan.


Program Mingguan Kuiz Jom Mumtaz! diadakan bagi mencapai objektif-objektif tersebut :
1) Menguji kefahaman pelajar-pelajar tentang silibus yang telah mereka pelajari.
2) Melazimkan pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan berformat peperiksaan.



     Pada hari Rabu, 25 Oktober 2011, jam 8.00 malam, pelajar-pelajar telah mula berkumpul di Academic Center bagi memulakan Program Mingguan Kuiz Jom Mumtaz! buat pertama kalinya. Sebelum kuiz bermula, pelajar-pelajar telah diberikan taklimat tentang peraturan-peraturan menjawab soalan oleh pelajar-pelajar tahun atas yang dihormati. Terlihat muka-muka yang gentar namun tekad menghadapi ujian. Walaupun hanya kuiz tetapi para pelajar menghadapinya dengan begitu serius sekali.

      Berikutan taklimat tersebut, pelajar-pelajar telah diedarkan kertas-kertas soalan dan telah diberi masa satu jam bagi menjawab soalan-soalan yang diberikan. Soalan-soalan tersebut adalah berdasarkan dua bab pertama yang diambil daripada subjek 'Physiology' yang bertajuk 'Blood' dan 'Autonomic Nervous System'. Soalan-soalan tersebut juga terdiri daripada 15 soalan MCQ, 10 soalan 'True' or False' dan 2 soalan 'Essay' yang berjumlahkan 50 markah.


     Setelah masa yang diberikan satu jam berlalu, pelajar-pelajar telah diberikan arahan untuk menukar kertas-kertas soalan masing-masing dengan rakan sebelah bagi menyemak jawapan. Selepas itu, pelajar-pelajar tahun atas berbincang jawapan dengan mereka bersama-sama. Tepat pukul 10.00 malam, setelah pelajar-pelajar sekalian habis berbincang dan menanda kertas-kertas soalan rakan-rakan mereka, program kuiz sudah pun sampai ke penghujung untuk hari tersebut.

     Dengan semangat gah bak pahlawan Salahuddin Al-Ayubi,  usaha pejuang-pejuang Fisabilillah ini tidak akan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi.  Kejayaan untuk mencapai MUMTAZ tidak mustahil. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Quiz Team yang berjaya melaksanakan program ini. Tidak lupa kepada Saudari Izzati Ariff yang telah bertungkus-lumus menyediakan kertas soalan kuiz. Selain itu, segulung penghargaan dihulurkan buat semua pihak yang terlibat. Kerjasama anda semua amat dihargai.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".




                                                 Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Monday, October 24, 2011

Tutorial Pertama Jom Mumtaz! 2011


     Alhamdulillah, kelas tutorial telah berjaya diadakan buat pertama kalinya untuk pelajar-pelajar jurusan perubatan pada 21 Oktober 2011 bertempatkan di Academic Center 2. Pada pukul 8.00 pagi, pelajar-pelajar ikhwah dan akhawat telah bermula berkumpul bagi memulakan sesi kelas tutorial yang dikendalikan oleh saudara yang terhormat, Izzuddin Bin Azaharuddin daripada Tahun 3.

     Tepat pukul 8.30 pagi, kelas tutorial bermula dengan subjek 'Biochemistry', bermula dengan bab pertama bertajuk 'Introduction to Biochemistry' sehingga bab yang ke-4 'Solutions'. Saudara Izzuddin dengan semangatnya mengajar adik-adik junior serta memberi tips-tips tentang cara belajar subjek tersebut.

     Seterusnya, kelas tutorial disambung dengan subjek seterusnya iaitu 'Physiology', bab bertajuk 'Blood' dan 'Autonomic Nervous System'. Dalam sesi tutorial ini juga, Saudara Muhamad Salihin daripada Tahun 1 dijemput untuk mengajar pelajar-pelajar ikhwah & akhawat yang lain. Beliau yang mendapatkan tunjuk ajar daripada Saudara Izzuddin sedikit sebanyak berkongsi ilmu tentang apa yang beliau faham tentang bab tersebut.

     Selepas itu, Saudara Izzuddin mengemukakan cadangan bahawa setiap kali kelas tutorial diadakan, seorang pelajar akan diwakilkan untuk mengajar di depan, selain dapat berkongsi maklumat, dengan cara ini juga dapat memupuk keberanian pelajar-pelajar untuk berdiri di depan khalayak orang ramai.

     Alhamdulillah , pada pukul 11.00 pagi, kelas tutorial bersurai dan pelajar-pelajar juga telah dijamu dengan makanan tengah hari, iaitu Nasi Goreng Pattaya yang ditempah dari restoran Haita. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak. Tahniah kepada adik-adik serta abang-abang & kakak-kakak senior yang tidak pernah padam api semangat mereka! Terima kasih yang teramat untuk Team DisMed kerana telah berjaya mengendalikan program ini.

Thursday, October 20, 2011

Makluman Kelas Tutorial (Biochem dan Physio)

Pada 22 Oct 2011, hari jumaat esok Unit DisMed akan mengadakan kelas
tutorial untuk program JOMMumtaz! pada pukul 8.30-10.30 pagi bertempat
Di Academic Centre (AC).

semua diwajibkan hadir ke program tersebut.
Antara topik yang akan dibincangkan ialah Biochem dan Physiology,
jadi bawa buku dan kelengkapan secukupnya.

Sekian...



Kekalkan Momentum




Assalammualaikum rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah sudah hampir dua minggu kita telah menjalani
sesi pengajian perubatan. sedar ataupun tidak, masa berlalu
agak pantas.

Jadi, marilah sama2 kita setkan dan perbetulkan niat kita
balik tujuan kita datang menuntut ilmu di bumi para anbia
ini. Bermula dari sekarang, kita semua perlu keep on the right
track.

Insyallah, sama-sama kita Mumtaz, sama-sama kita berjaya
Dunia dan Akhirat. amin



Wednesday, October 19, 2011

Ahlan Wasalan Misr

assalammualaikum kepada sahabat-sahabat
medic mesir 2011/12..

alhamdulillah, blog ni dah pun siap. insyallah dari
masa ke semasa kami dari team media akan
"post"-kan update2 terbaru utk
anda semua.

sekiranya terdapat apa2 info terbaru mengenai program jommumtaz,
kami akan postkan.insyallah.
akhir kata, marilah kita sama2 berusaha dan mumtaz bersama-sama,
berjaya dunia dan juga akhirat...amin.