Monday, October 24, 2011

Tutorial Pertama Jom Mumtaz! 2011


     Alhamdulillah, kelas tutorial telah berjaya diadakan buat pertama kalinya untuk pelajar-pelajar jurusan perubatan pada 21 Oktober 2011 bertempatkan di Academic Center 2. Pada pukul 8.00 pagi, pelajar-pelajar ikhwah dan akhawat telah bermula berkumpul bagi memulakan sesi kelas tutorial yang dikendalikan oleh saudara yang terhormat, Izzuddin Bin Azaharuddin daripada Tahun 3.

     Tepat pukul 8.30 pagi, kelas tutorial bermula dengan subjek 'Biochemistry', bermula dengan bab pertama bertajuk 'Introduction to Biochemistry' sehingga bab yang ke-4 'Solutions'. Saudara Izzuddin dengan semangatnya mengajar adik-adik junior serta memberi tips-tips tentang cara belajar subjek tersebut.

     Seterusnya, kelas tutorial disambung dengan subjek seterusnya iaitu 'Physiology', bab bertajuk 'Blood' dan 'Autonomic Nervous System'. Dalam sesi tutorial ini juga, Saudara Muhamad Salihin daripada Tahun 1 dijemput untuk mengajar pelajar-pelajar ikhwah & akhawat yang lain. Beliau yang mendapatkan tunjuk ajar daripada Saudara Izzuddin sedikit sebanyak berkongsi ilmu tentang apa yang beliau faham tentang bab tersebut.

     Selepas itu, Saudara Izzuddin mengemukakan cadangan bahawa setiap kali kelas tutorial diadakan, seorang pelajar akan diwakilkan untuk mengajar di depan, selain dapat berkongsi maklumat, dengan cara ini juga dapat memupuk keberanian pelajar-pelajar untuk berdiri di depan khalayak orang ramai.

     Alhamdulillah , pada pukul 11.00 pagi, kelas tutorial bersurai dan pelajar-pelajar juga telah dijamu dengan makanan tengah hari, iaitu Nasi Goreng Pattaya yang ditempah dari restoran Haita. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak. Tahniah kepada adik-adik serta abang-abang & kakak-kakak senior yang tidak pernah padam api semangat mereka! Terima kasih yang teramat untuk Team DisMed kerana telah berjaya mengendalikan program ini.

No comments:

Post a Comment