Thursday, May 24, 2012

Jamuan JOM MUMTAZ 2011/2012 bertemakan "Galaxy Night"


Assalamualaikum, sahabat-sahabat seperjuanganku yang dikasihi Allah swt,
Alhamdulillah, memandangkan peperiksaan besar iaitu Final Written Exam bakal menjelang tiba, JOM MUMTAZ 2011/2012 akan mengadakan majlis akhir tahun bagi mengimbau kembali semua kisah-kisah dan kenangan sepanjang tahun kita di bumi Mesir ini, serta membantu mengurangkan tekanan kerana asyik sibuk dengan belajar.

Kenapa "Galaxy Night" menjadi tema pilihan kami?

Kerana ia sangat bersesuaian dengan lokasi yang dipilih iaitu di Rooftop di mana kita boleh menjamu selera sambil menikmati keindahan ciptaan Allah swt. Namun, walaupun tema kami kedengaran futuristik, untuk tema pakaian pula kami pilih 'Tradisional'. Kenapa? Coz it's cool and modest at the same time =D

Istimewanya pada malam ini, kami akan adakan satu selingan di mana ikhwah atau akhawat yang ingin membuat persembahan sendiri, contohnya nasyid ke, pantun ke, tayangan video pun boleh! Sesiapa yang berminat untuk membuat persembahan, boleh beri nama dan persembahan apa kepada nombor yang tertera di poster. JZKK.

Tidak lupa juga, kita juga akan adakan potluck. Makanan potluck yang dibenarkan pula adalah 'dessert' atau makanan apa-apa yang tidak berat. Potluck pula perlu diletakkan di AC2 sebelum pukul 7 malam bagi memudahkan kerja-kerja AJK hidangan. JZKK.

Majlis ini terbuka kepada semua pelajar MedicMesir Tahun 1 Medic & Pre-Dental 2011/2012!

Harap dapat berjumpa dengan anda di sana, InsyaAllah! Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah swt.

"Ya Allah, permudahkanlah semua urusan kami!"

No comments:

Post a Comment