Sunday, November 6, 2011

JOM! Talk Show

     Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah nikmat kurniaNya, Allah masih memberi kita nyawa untuk kita terus hidup dan menjadi khalifah di atas bumi ini.

     Alhamdulillah, pada 28 Oktober iaitu pada hari jumaat yang lalu, kita semua berasa bertuah kerana dua tetamu jemputan khas dapat hadir bersama kita di dewan AC untuk memberikan ceramah motivasi. Mereka adalah YB Dr. Nik Mazian,seorang pakar bedah bersama isterinya, Dr. Sarimah, seorang Haematologist.

                                                                   YB Dr. Nik Mazian

 
     Antara yang disampaikan oleh YB Dr. Nik Mazian ialah bagaimana kita sebagai seorang pelajar muslim untuk menjadi Doktor Muslim yang terbaik. Kita sepatutnya perlu mengubah "mindset" kita bahawa perkara yang susah itu sebenarnya mampu untuk kita atasi kerana umat islam adalah umat yang terbaik. Beliau memberikan kata-kata semangat sehingga membuatkan para mahasiswa dan mahasiswi kagum mendengar ucapannya. Ditambah pula dengan pengalaman manis beliau semasa belajar di bumi mesir, beliau berkahwin dengan isterinya, Dr. Sarimah ketika di tahun 2 pengajian.  Suasana di dewan AC menjadi meriah apabila semua orang sibuk mahu mendengar bagaimana beliau berkahwin dengan Dr. Sarimah. 


     Beliau juga sudi untuk berkongsikan bagaimana beliau serta isterinya yang tersayang dapat mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar  perubatan di mesir sehingga mereka berdua berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.



"Memang agak sukar untuk membahagikan tanggungjawab terhadap pelajaran dan rumahtangga", akui Dr. Nik Mazian. "Di dalam senang itu, ada susah. Di dalam susah itu, ada senang." Sambungnya lagi. 

Namun, dengan usaha dan tawakkal, alhamdulillah, beliau menyahut cabaran untuk berkahwin muda dan sekarang, beliau bahagia di samping isteri tercinta.


Ayat yang paling beliau tekankan adalah "Don't go back with nothing". Ayat tersebut diulang beberapa kali dan seperti menegaskan bahawa perjalanan hidup untuk mencapai sesuatu cita-cita itu ada yang panjang dan ada yang pendek. Namun, selagi usaha dan tawakkal masih ada, tidak mustahil untuk kita merealisasikan impian kita.

Dr. Sarimah & Ummi

    Sebagai penambah perisa, Dr. Sarimah turut memberi tips untuk menjadi Muslimah Doktor yang berwibawa.

1. Tidak mengabaikan tugas rumah tangga walaupun sudah bergelar doktor.
2. Bijak menguruskan masa.
3. Mengetahui dan mengamalkan sesuatu ilmu.
4. Menyiapkan diri bagi menghadapi masa sukar.
5. Ringankan tangan untuk sentiasa melakukan kebajikan.

  Dalam sesi soal jawab pula, seorang pelajar bertanya tentang cabaran semasa housemanship. Dr. Nik Mazian menjawab cabarannya adalah nyawa seseorang manusia itu seperti di tangan kita.

"We are dealing with a person's life."


    Dalam lebih kurang pukul 10.00 malam, sesi motivasi berakhir dengan tepukan gemuruh para pelajar. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis ilmu pada malam itu. Segulung penghargaan dihulur untuk Ummi kerana sudi hadir bersama-sama kami.



Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

No comments:

Post a Comment