Tuesday, November 1, 2011

DisMed Is The Best!

     Alhamdulillah, buat kali keduanya, Program Mingguan Kelas Tutorial JOM! Mumtaz telah dijayakan dengan baik sekali oleh DisMed Team yang dipimpin oleh Saudara Asyraf Zohadi selaku Ketua DisMed Team JOM! Mumtaz 2011/2012.

      Kali ini, Tutor yang dijemput adalah yang seorang Senior yang amat dihormati dan disegani iaitu Saudara Hadi Bin Othman. Beliau telah mengajar para mahasiswa dan siswi subjek 'Anatomy'. Secara terperincinya, beliau telah mengajar 'General Anatomy'. Untuk subjek 'Histology'pula, Saudari Aimi, seorang pelajar akhawat tahun 3 turut dijermput untuk mengajar para pelajar yang lain. Beliau telah mengajar tajuk 'Introduction Of Cell' dan 'Cytology'. Kepetahan beliau berkata menyebabkan para pelajar mudah faham.


Tutor :  Abg Hadi & Kak Aimi 


Peta minda yang amat berkesan oleh Kak Aimi.




        Alhamdulillah , pada pukul 11.00 pagi, program tersebut telah berakhir dengan tepukan gemuruh dan pelajar-pelajar juga telah dijamu dengan makanan tengah hari, iaitu Nasi Goreng yang ditempah dari restoran Haita. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga program yang seterusnya dapat diteruskan dengan pengakhiran yang lebih cemerlang.

“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Bukhari)


1 comment:

  1. bila nak rasa makanan dari team fooooooddd eh...
    hhaa~
    nice work guys,keep it up..
    dismed amat membantu!

    ReplyDelete